Tel: 065561221 Fax: 065561223 Email:ppkidag1@gmail.com



Sayonara Puan Zila & Alia...

26hb Mei 2010: Bertempat di Restoran KFC Alor Gajah, Melaka, kami dari Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia, SK Alor Gajah 1, bersama-sama 4 orang guru dan 11 orang murid dengan rasa sedih dan berat hati telah mengadakan majlis jamuan perpisahan bagi PPM kesayangan kami, Puan Nazila Ahmad Nazir.
Tiada kata yang dapat diucapkan, hanya iringan doa dan sedikit cenderahati tanda ingatan dan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami semua untuk Puan Nazila. Semoga terus sukses di sekolah baru! Di SMK Seri Pengkalan bermula 1 Jun 2010...."xpe..dekat je kan ngan rumah..jalan kaki pun boleh" ;-)

Majlis yang juga majlis 2 dalam 1, yang mana murid-murid kelas ini turut meraikan sambutan Hari Lahir mereka. Guru Penyelaras bersama-sama murid memotong kek hari lahir dan seterusnya menikmati hidngan ayam goreng KFC. Sooodaapp!!!. sampai Fakhrul makan 4 ketul ayam!

Di akhir majlis, semua murid masing-masing seronok kerana mendapat hadiah berupa tabung sumbangan dari kelas PPKID. Semuanya tak sabar nak balik, semangat menabung menjulang tinggi! Pesan Cikgu, "siapa yang menabung
paling banyak, cikgu bagi hadiah lain pula".Apa lagi..lepas tu, masing-masing...cikguuu, nak syiling! heheheh...

SAYONARA PUAN ZILA! ARIGATOHOZAIMAS!!

1 comment:

  1. gembira murid2 dpt hadiah tabung... so, ape lagi, lps ni rajin2 menabung ye!

    ReplyDelete