Tel: 065561221 Fax: 065561223 Email:ppkidag1@gmail.com



Perginya 2 orang pelajar kami...seorang bakal menyusul!

Suasana riang dengan gelak tawa dan bunyi "lori binaan" Mohd Irsyad dan Addy Akashah yang setiap hari kedengaran, kini telah "hilang" apabila mereka berpindah ke SK Dato' Naning pada 28 Feb dan 7hb Mac 2011. Kini, tinggallah Aliya keseorangan, menantinya harinya untuk menyusul pada 14 Mac 2011.

Moga kamu bertiga akan lebih selesa dan gembira di sekolah baru...dengan guru baru, kawan baru, kelas baru, hmm..uniform dan kasut je tak tukar baru!!

Cikgu tahu, ini yang terBAIK untuk kalian! Selamat berjaya! Jangan nakal-nakal tau!!

We LOVE U ALL!!
Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Zon Alor Gajah 2011 pada 22 & 23 Feb di SMK Sultan Mansur Shah telah berakhir dengan jayanya..Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur!

PPKID SKAG1 hanya membawa pulang satu pingat gangsa saja berbanding tahun lepas,kita berjaya membawa pulang 3 pingat!Pingat gangsa ini adalah pingat kemenangan milik Muhammad Danial Farhan bin Roszei untuk acara lompat jauh (L-bwh 11 thn) dan Farhan juga mendapat tempat ke 4 untuk acara 100m (L-bwh 11). Manakala rakan-rakan yang lain seperti Mohd. Fazli mendapat tempat ke 4 untuk acara 80m CP, Nurul Syaqira berjaya ke peringkat akhir acara 100m (P-bwh 11) dan mendapat tempat ke 5.

Namun begitu, kegagalan ini tidak sama sekali mematahkan semangat murid-murid PPKID SKAG1 untuk terus berjaya dalam bidang sukan! Cuba lagi tahun hadapan!! Majulah sukan untuk Pendidikan Khas!!!

"jom lihat gambar-gambar menarik di sepanjang kejohanan berlangsung di KOLEKSI GAMBAR!"

Latihan Padang & Balapan Di SKAG1 2011

Tarikh: 15 - 17 Feb 2011
Lokasi: Dataran Keris & SKAG1

Bagi mempersiapkan diri murid-murid ke kejohanan balapan & padang Pendidikan Khas Zon Alor Gajah pada 22 & 23 Februari, kami telah menjalankan latihan selama 3 hari berturut-turut.
Walaupun kami tidak mempunyai padang untuk menjalani latihan, namun begitu dengan semangat waja dari guru-guru dan murid, telah memungkinkan latihan ini berjalan dengan jayanya!
Antara acara yang akan disertai oleh murid-murid adalah acara larian 100 m dan 200m, lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh.
Selamat bertemu di puncak kejayaan..di podium, kita terima pingat!!

"**sila-silakan menjengah foto di KOLEKSI GAMBAR"