Tel: 065561221 Fax: 065561223 Email:ppkidag1@gmail.com



Program Perkhemahan Pengakap Istimewa PK Negeri Melaka

Mohd Zahfran Zaisnain telah dipilih untuk mewakili PPKID SKAG 1 untuk Program Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka selama 3 hari 2 malam bermula 19hb - 21 April 2011. PK Zon Alor Gajah telah diamanatkan menjadi tuan rumah dan telah memastikan program ini berjaya. Syabas! Tahiah juga kepada semua guru-guru dan murid-murid program PK di seluruh Melaka atas kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program ini.
Zahfran yang sememangnya ahli pengakap di SKAG 1 sangat teruja apabila dipilih untuk menyertai perkhemahan ini. Awal pagi la sudah menanti untuk dihantar oleh Penyelaras ke tapak perkhemahan. Seronok katanya dalam kepenatan...Apabila ditanya apakah pengalaman yang paling mencabar. Beliau bercerita dengan penuh semangat bahawa pada hari kedua perkhemahan, hujan turun dengan lebatnya dan khemah beliau dan rakan-rakan telah roboh ditimpa kayu!Terpaksala mereka menumpang di khemah orang lain dan paling best partnernya ialah pelajar Tamil!Zahfran cakap kawan barunya itu sangat baik!Mereka sama-sama menjemur baju yang basah disebabkan hujan dan kawannya menolong beliau mengambil makanan. Zahfran sepatutnya menyertai pertandingan mewarna tetapi atas sebab-sebab tertentu, beliau masuk pertandingan menyanyi. Memang suka la dia, maklumla kat kelas pun suka menyanyi!Katanya nyanyi lagu Wali Band tapi tak menang..tak mengapalah, cube lagi tahun depan!
Cerita zahfran tidak habis di situ, balik sekolah beliau menyambung cerita dengan guru-guru dan kawan-kawan. Antaranya tentang tepuk anak jin, pertandingan goreng pisang, makan ayam BBQ di tengah malam dan macam-macam lagi..citenya tak kan habis 1 hari 1 malam..;-)
Kepada kawan-kawan yang lain, jangan risau dan kecil hati, untuk perkhemahan tahun depan mungkin giliran kamu.Tunggguuuu....

MTQ!

23 Mac 2011 - MTQ! Majlis Tilawah Al-Quran/Hafazan/Khat/Azan di SK Melekek Tahun nie, kami hantar 4 orang wakil. Zahfran untuk pertandingan azan subuh. Fazli - tilawah. Danial Farhan dan Rabiatuladawiyah untuk hafazan. Kebetulan, khat dibuka untuk penyertaan, jadi Zahfran yang telah sedia berlatih, terus masuk bertanding. Alhamdulillah...Zahfran berjaya mendapat Johan bagi Kategori Junior (L) untuk pertandingan Khat dan akan mewakili Zon Alor Gajah ke peringkat negeri, untuk pertandingan azan, beliau tidak mendapat tempat. Manakala Farhan dan Rabiatul mendapat tempat ke 3 untuk kategori hafazan junior (L) dan (P). Fazli pula tidak mendapat apa-apa tempat untuk tilawah, mungkin perasaan malu-malu Fazli perlu dikurangkan untuk mendapat bacaan yang lebih baik. Tak mengapalah..tahun depan kita cuba lagi! TAHNIAH kepada anda semua di atas segala usaha! Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang membantu dalam persiapan semua murid ke pertandingan ini. Mungkin tahun mendatang kita akan memberikan yang lebih baik...insyaALLAH..So, GO FOR IT! Jom tengok foto!