Tel: 065561221 Fax: 065561223 Email:ppkidag1@gmail.com



Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Zon Alor Gajah 2011 pada 22 & 23 Feb di SMK Sultan Mansur Shah telah berakhir dengan jayanya..Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur!

PPKID SKAG1 hanya membawa pulang satu pingat gangsa saja berbanding tahun lepas,kita berjaya membawa pulang 3 pingat!Pingat gangsa ini adalah pingat kemenangan milik Muhammad Danial Farhan bin Roszei untuk acara lompat jauh (L-bwh 11 thn) dan Farhan juga mendapat tempat ke 4 untuk acara 100m (L-bwh 11). Manakala rakan-rakan yang lain seperti Mohd. Fazli mendapat tempat ke 4 untuk acara 80m CP, Nurul Syaqira berjaya ke peringkat akhir acara 100m (P-bwh 11) dan mendapat tempat ke 5.

Namun begitu, kegagalan ini tidak sama sekali mematahkan semangat murid-murid PPKID SKAG1 untuk terus berjaya dalam bidang sukan! Cuba lagi tahun hadapan!! Majulah sukan untuk Pendidikan Khas!!!

"jom lihat gambar-gambar menarik di sepanjang kejohanan berlangsung di KOLEKSI GAMBAR!"

No comments:

Post a Comment