Tel: 065561221 Fax: 065561223 Email:ppkidag1@gmail.com



Pertandingan Boling TenPin Program Pendidikan Khas Zon Alor Gajah

MIBC, Melaka dipilih sebagai medan perjuangan anak-anak Program Pendidikan Khas Zon Alor Gajah beradu tenaga dan kemahiran dalam Pertandingan Boling Tenpin pada 28 April 2011 . Acara yang bermula jam 9.30 pagi ini berakhir kira-kira jam 1 tengahari.
PPKID SK Alor Gajah 1 tidak ketinggalan menghantar 9 orang peserta. 2 peserta perempuan dan 7 peserta lelaki. Namun begitu, tiada satu pingat berjaya dibawa pulang kerana jatuhan pin mereka masih tidak mampu untuk menyayingi peserta-peserta lain. Walaubagaimanapun anak-anak kami sungguh seronok kerana dapat bermain boling dan makan aiskrim bersama-sama guru!! ;-)
Tahniah kepada Farhan kerana mendapat "strike" sebanyak 3 kali dan Zahfran hanya 1 "strike". Yang lain??ada ke longkang... ada bola senget ke tepi..ada yang dah last-last baru nak jatuhkan pin...ada -- sampai 3 frames!hhmmm..tak pela..tahun depan kita cuba lagi!Latihan perlu dipertingkatkan!!Bolehhh sajaa...

No comments:

Post a Comment